Mekanisme Pam Tekanan Wap Pankreas buatan

Daya penggerak pam ini dijana oleh gas wap (biasanya Freon).Pam ini terdiri daripada dua kebuk bertujuan untuk menyimpan insulin dan sistem wap.Wap yang tersimpan di dalam kebuk bahagian atas akan menolak “bellow chamber” yang mengandungi insulin.Tekanan yang terhasil antara kebuk atas dan bawah adalah sama tanpa mengira jumlah insulin. Kadar infusi ditentukan oleh penghad aliran keluar.Terdapat dua penghad aliran keluar.Apabila injap diaktifkan, salah satu penghad aliran akan dipintas.Jika injap tidak diaktifkan, insulin masih akan mengalir keluar tetapi kadar infusi adalah terhad.Oleh itu, insulin akan terus dihantar.Jumlah insulin (iaitu infusi kadar) bergantung kepada penghad aliran keluar.Tidak ada bahagian yang akan menyebabkan peningkatan geseran. Mekanisme ini tidak memerlukan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga untuk mengepam tetapi penjagaan perlu diambil dalam tekanan wap kerana tekanan wap boleh menyebabkan tekanan ambien dan faktor-faktor lain meningkat.Ini mungkin membawa kepada infusi yang tidak terkawal.